Monday 5 August 2013

Ramadan berlalu ...sedih atau gembira?



Assalamualaikum dan Salam Ramadan...2 hari lagi kita dah nak raya...Wahhh....yang ada kampung tu dah siap packing nak balik kampong...well,saya n keluarga beraya di rumah saja ...tak mampu nak beraya di kampumg maklumlah kita mana ade kampung :(..



Ape2 pun sebenarnya nak cerita pasal kita ni zaman sekarang punya umat bukan main gembira nak habis Ramadan sebab x yah lah nak puasa tahan lapar ngan dahaga,kan?Eh..eh..eh..korang tau tak kalau orang dulu2 waktu zaman Nabi s.a.w. sedih tau bila Ramadan nak habis...Contohnya,Saidina Ali waktu malam penghabisan Ramadan muka dia cemas sambil berlinang air mata dia mengajukan banyak persoalan yang menyedihkan..


`Wahai Rasulullah dapatkah kiranya aku mengetahui siapakah gerangan orang yang telah pasti diterima amalan puasanya, supaya aku dapat mengucapkan selamat berbahagia kepadanya? Dan siapakah orang-orang yang bernasib malang, karena




tidak diterima puasanya oleh Allah, supaya aku dapat menghibur hatinya?"

Korang semua diorang ni sedih ada sebab yang munasabah tau...Pertama,sebabnya Ramadan ni bulan penuh kberkatan,kenikmatan dan keistimewaan..Yela..kan ada lailatul qadrlah,nuzul quranlah ,tarawihlah,pahala direct dari Allahlah..haaa tak ke terang lagi bersuluh memang patutlah pun sedih Ramadan dah nak pergi,kan?Sebab kita tak tahu kita sempat tak nak melalui Ramadan tahun depan..

Kedua,sebabnya takut tau tak amalan kita di bulan Ramadan ni tak diterima Allah..OMR memang menakutkan..Memanglah dapat menikmati Ramadan tapi kita tak tau camne ngan amalan kita tu...

Para sahabat amat risau kalau sedekah,solat sunat,tadarus al-Quran,qiamullail diorang tercampur aduk dengan sifat riak,sombong dan bukan kerana Allah..OMR..tgok tu sahabat2 pun risau amalan diorang rosak dah kalau kita ni camne?u fikirlah sendiri... Buktinya dinyatak dalam hadis Rasulullah Ls.a.w. :

"Pertama kali yang dihisab pada hari kiamat adalah tiga golongan manusia. Pertama, seorang yang mati di medan jihad. Kedua, pembaca Alquran. Ketiga, seseorang yang gemar berinfak. Jenis golongan manusia ini, Allah SWT campakkan ke dalam neraka. Sebab, mereka beramala bukan karena Allah SWT, melainkan sekadar mencari popularitas." (HR Muslim).

Oleh itu,para sahabat Rasulullah SAW ketika enam bulan selepas Ramadan mereka akan berdoa, "Ya Allah terimalah puasa dan amalan kami di bulan Ramadan." Setengah tahun berikutnya mereka berdoa, "Ya Allah, sampaikan umur kami hingga kami menjumpai Ramadan."

Tengok mereka tahu ttg pentingnya Ramadan ni...Kita ni sedih atau gembira bila Ramadan nak pergi?Ada akal Allah dah beri guna dan fikirlah sendiri!